Pages

Friday, February 17, 2012

Bersediakah kita?

Salam. Hari ni, hari Jumaat, penghulu segala hari. eSok sabtu. Lusa Ahad. Tulat Isnin. Kembali ke sekolah.

Lamanya tak update blog ni. Herrr. Takde idea, otak beku -__-" . Secara umumnya, SEPATUTNYA aku cuti esok. Namun, dek kerana UPSR terlalu kejam, maka esok wujud lah kelas tambahan. Seminggu, 4 kali kelas tambahan. Isnin dan Selasa 1.30 - 2.00 ptg. Rabu 2.00 - 4.00 (Bermula Mei) Dan Sabtu, 8.00 - 12.00. Stress tak stress tak? Penat weii.

Nak cerita pasal apa Hanis sebenarnya ni? K fine. Nak cite ler ni.. Untuk UPSR, Hanis dah bersedia. Tapi untuk ujian yang satu ni, Hanis x pernah bersedia malah tak tahu Hanis dah bersedia ke belum.

Ujian ni hanya sekali dan tak boleh diulang-ulang. Ujian ni penting sangat. Ujian ni lah yang menentukan kita menjadi penghuni Syurga atau Neraka.

Takut sangat kalau ajal menjemput kita di usia muda. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia? Adakah dosa kita lebih banyak dari pahala? Entah. Tiada sape tahu. Hanya ALLAH.

Mungkin kita sering cakap "Aku masih muda. Tua nanti aku taubat la,". Ye, muda. Tapi, kita mati muda ke tua? Tak tahu kan? Kalau kita mati muda? Sempat kah nak taubat cik oii.. Ingat, berfikirlah yang kita ni dah tua. Sebab, selagi kita fikir kita tua, selagi tu kita takmo taubat. Ye dak?

Kukuhkan iman, Tambahkan ilmu, Tambahkan pahala, Tambahkan amalan, Kurangkan dosa. Nampak senang tapi ..?? Kadangkala, kita tak sedar kita melakukan dosa. Sebab kita tak nampak pahala dan dosa. Agaknya, berapa banyak pahala kita eh?

Hanis hairan. Orang dok copy and paste benda2 mcm surat layang di fesbuk. Yang ada tulis "Jika tak share, kamu akan ditimpa malang dan musibah yang diberikan oleh Allah". Boleh ke percaya? Kerana apa yang penting ialah amalan. Buat apa kalau dok copy benda tu, tapi kalau sembahyang 5 waktu pun tak cukup? (kalau saya salah sila betulkan)

Hanis bukan lah ustazah, hanis cuma nak nasihat je. Tepuk dada, tanya iman. Selamat beramal :) Assalamualaikum.

2 comments:

Lady Milo said...

Soalan manusia, soalah rahsia..tapi banyak yang dapat A.
tapi...

Soalan Allah soalan bocor, tapi ramai tak dapat Jawab.. marabbuka.. (^_^)

Hanis Aliya said...

Ahh typo!! "selagi kita fikir kita muda" bukan "selagi kita fikir kita tua..!!