Wednesday, March 14, 2012

Cuti Sekolah. Yey?

Assalamualaikum :)

Hello readers. Cecehh ada ke orang nak baca blog kau, Hanis? Perasan.. Erm, lamanya Hanis tak update blog. Wei Hanis, blogwalking ke sana sini kau rajin , nak update blog kau malas. Isshh.. Sungguh tak aci

Entah mengapa, semangat blogging Hanis kian pudar. Malas sudehh nak blogging. Her her baik toksah ada blog kalau camni :')

Cuti sekolah? Lagi beberapa hari je sebelum Hanis kembali memakai uniform pengawas yang menjadi kebanggaan. Cehh berlagak sungguh. Cikgu-cikgu yang dikasihi, kasihanilah kami. Cikgu memberikan homework kepada kami bagai kami ni cuti sebulan. Kami cuti seminggu je, bukan sebulan. Tak adil !

Tapi Alhamdulillah, berkat usaha penat lelah patah tulang Hanis (okey okey mana ada patah tulang.) , dah 50% homework telah disiapkan dengan jayanya. Meh tepukkk sikit. Haha.

Tak sabar nak pergi sekolah. Haha. Excited tunggu result exam je. Homework pun belum siap, ada hati nak gi sekolah. Pfftt. BM Pemahaman hari tu dah dapat. Hanis dapat.. err tak bagus pun. Dapat 95% je. Ok fine. Tahulah korang selalu dapat 100%. Kira ok lah ni. Susah tau wuwu.

9 comments:

NUR SABRINA FIRZANAH said...

tahniah bM tu dapat 95% . untunglah , hehe . malas lah pulok nak pergi sekolah :(

Lady Milo said...

50% ? siapkan cepat... last minit gelabah nak siapkan kerja sekolah..tu nanti.

Hanis Aliya said...

Sekarang dah 75% dah. Alaa.. Sikit je . Tinggal 3 muka surat je. hehe

MaYa MustWany said...

time akak dulu,masa mula cuti sekolah mula2 siapkan hw..suka setel awal.first akan wat fav dulu macam karangan & sejarah.

bila dah setel,baru senang hati.

Hanis Aliya said...

Kak MaYa - hee sekarang Hanis dah siapp dahh..Gembira ni.. boleh lahh Hanis senang hati :)

Nurul Amanina said...

memang excited nak gi sekolah :D
*nak tahu result exam sebenarnya :D
hehe

Atiqah Wadiah said...

lusa dh stat skolah..slmt kembali ke sekolah semula :)

Nurul Aisyah said...

haha...ni entry bile ni wei...sekolah dah start lah Hanis..

well, ok lah tu 95% A!!
susah tu nak dpt..heheh good luck untuk UPSR yer :D

Hanis Aliya said...

Kak Aisyah - entry lapuk zaman jahiliah. hee ^___^