Sunday, March 25, 2012

Ujian Ohh Ujian....

Assalamualaikum :)

Haiiiii. Amboi. Kemain panjang hai kau yo, Hanis?! Hmm. Hari ni, Hanis nak bercerita pasal ujian. Ujian Bulanan. Eh. Dah lama dah. Baru sekarang nak update? Ketinggalan zaman. Terkedek-kedek nak update. Oh ya. Ni nak update laju-laju sebab lepas ni nak makan. Walhal baru tadi Hanis breakfast. Dah lapar dah. Ekeke macam tak boleh nak makan sambil update blog. Malas nak ambil makanan kat bawah. Malas nak update blog. Tulis kemain panjang, akhirnya duduk diam-diam dalam draft. Rugi. Baik tak payah tulis kalau macam tu.

Ehem. Keputusan ujian bulanan dah diketahui. Kena bebel. 4A1B. Kena bebel. Mama abah membebel pun, bukannya Hanis dengar. Hanis fikir "eh lepas ni nak update blog panjang panjang la" walaupun mata Hanis merenung tepat ke arah mereka.

Ye. Betul. Keputusan Hanis jatuh merundum. Masa Ujian Pecutan Awal ( Jan. 2012 ) hari tu, dapat 5A. Tapi sekarang??!! 4A1B? Ya Allah. Teruk kot. Baru berazam tak nak dapat B langsung tahun ni. Oh punah harapan ku. Sobbsobb.

Bahasa Melayu, memang ok la. Meningkat. Kalau BM pemahaman hari tu dapat 90, kali ni 95. BM Penulisan hari tu 87, kali ni 95. English, menurun sikit. >.< Hari tu dapat 89. Sekarang turun empat markah. Math, dulu 91. Sekarang meningkat 5 markah.

Teruk kan? Ye, Hanis tahu. Science? Nauzubillah. Dulu A, sekarang B. Dulu 88, sekarang .... . Malu nak cakap. 70 lebih. Kurang daripada 78, lebih daripda 70. Teka sendiri. Yang pasti, amat teruk dan memalukan.

Tu lah. Ni akibat MALAS sangat nak baca buku. Dah kena bebel. Ok la, bye. Salam. Mesti result korang gempak gila kan? :)

P/s: Tahniah kepada sepupu saya, Kak Farah sebab dapat 10A dalam SPM 2011.Pandai kan dia? :)

7 comments:

Nurul Aisyah said...

wwah...Hanis ni mesti budak yg pandai2 kan..hehehe belajar rerajin hohho..dpt 5A tau..mcm akak :P
heheh...

tp ujian bulanan akak 5A3B..isk2,..akak nak 8A!!!!

Hanis Aliya said...

Ok le tu kak. Hanis lagi terukkk tau.. Mne ade hanis pandai.. biase2 je ;)

Eyna Eryna said...

do your best adik, teror juga adik ni;. ==' akak dulu. tsk. T__T

Hanis Aliya said...

Thanks kak. Mana ada bagus. Teruk tau result Hanis ni T____T

NUR SABRINA FIRZANAH said...

insyaallah hanis boleh . usaha tangga kejayaan . kalau kita nak kejayaan tu kita kena kejar tau . hanis caiyok caiyok :)

MaYa MustWany said...

gud luck.wat2 lok2 k.

Hanis Aliya said...

Thanks kak MaYa and kak Sabrina :D