Saturday, April 14, 2012

Tanggungjawab.

Assalamualaikum. :)

Sungguh lama Hanis tak update blog ni. Sibuk sangat. Tak ada masa nak update blog huhu. Kadang-kadang tidur pukul 12 malam sebab nak siapkan homework. Kesian kan? -,-

Penat. Hari tu, masa PJ, cikgu suruh main bola baling. Kelas Hanis lawan kelas sebelah. Kelas Hanis menang tauu.. Hehe menang 13-2 je. Hanis terbaling bola masuk gol 2 kali hihik. Eh terlari tajuk pula.

Makin lama, makin banyak beban digalas di bahu Hanis. Terlalu banyak tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai hamba Allah , sebagai anak, sebagai pengawas, sebagai murid, sebagai rakan.. dan sebagai blogger heheh.

Kadang-kadang, Hanis tak cukup tidur. Tanggungjawab sebagai seorang muslim. Wajib lakukan. Wajib didahulukan. Ye lah, kalau tak sembahyang, macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Tanggungjawab sebagai seorang anak. Wajib juga. Ye lah, kita kenalah hormat mereka, lakukan perintah mereka. Kerana mereka lah yang menjaga kita. Kalau tak, macam mana nak masuk syurga?

Tanggungjawab sebagai seorang murid.. Kita mestilah hormat dan patuh akan guru kita..Mereka ibarat ibu bapa kita di sekolah. Kalau tak, tak berkat ilmu kita.

Tanggungjawab sebagai seorang rakan. Kita kena tolong kawan kita.. Mereka kan umpama keluarga kita. :) Kalau tak, siapa nak tolong kita di sekolah?

Banyak sangat tanggungjawab. Dan tanggungjawab sebagai seorang blogger, yang Hanis tengah buat ni laa. K bye.

Assalamualaikum. :D

5 comments:

hamzah ian said...

kehidupan.. biasalah tu.. hehe

=)

Hanis Aliya said...

Semakin tua, semakin banyak tanggungjawab kan?

MaYa MustWany said...

stiap orang de je bertanggung..kuatkn diri k

Sarah Jafar said...

rencahh asam garam hidup .. chill je tau!

Hanis Aliya said...

hee :)